Thursday, July 30, 2009

Thursday, October 16, 2008

Dah lama tak menulis....






Dikesibukan kerja dan tanggungjawab nie, dah lama tak lawat blog sendiri....Kerja di opis bertimbun setiap hari, ditambah dengan aktiviti sosial plak..huhuhu...


Kali ini, saya bagi gambar opis buat tatapan semua..Jabatan Belia dan Sukan Kuala Lumpur, fuhhh....tempat kerja ku....hehehehe


Saturday, September 13, 2008



Hatrik Adebayor bantu Arsenal menang 4-0 di Blackburn, Newcastle lebur lagi

LONDON: Liverpool akhirnya berjaya mengatasi badi Manchester United apabila gol lewat perlawanan oleh Ryan Babel memberikan kemenangan 2-1 ke atas juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu, semalam.

Skuad bimbingan Rafa Benitez mengalami tujuh kekalahan dalam lapan pertemuan terakhir dengan musuh ketatnya itu sejak 2004, dan Reds ketinggalan pada babak awal perlawanan di Anfield apabila Carlos Tevez menyumbat untuk United.

Tetapi gol sendiri Wes Brown memberikan Liverpool gol penyamaan pada separuh masa pertama dan Babel, masuk selaku pemain gantian hanya enam minit sebelumnya, menjaringkan gol kemenangan 13 minit sebelum tamat perlawanan.


Itu sudah cukup untuk memberikan Benitez kemenangan pertamanya dalam saingan liga ke atas United sementara ia menjadi semakin buruk buat Sir Alex Ferguson apabila Nemanja Vidic dibuang padang pada masa kecederaan kerana menyiku pemain tengah tuan rumah, Xabi Alonso.

Kesan daripada pemergian Kevin Keegan mengundang padah ke atas Newcastle tatkala kelab tanpa pengurus itu tersungkur 2-1 kepada Hull di St James’ Park.

Arsenal, dirangsang oleh hatrik penyerang Togo, Emmanuel Adebayor, membelasah Blackburn 4-0 dalam saingan di Ewood Park.

Bintang baru England, Theo Walcott merobek pertahanan Blackburn pada awal perlawanan dengan larian kencangnya dan hantaran tepat membolehkan Robin van Persie membuka jaringan pada minit kelapan dan kemudian Adebayor meletakkan Arsenal dalam kedudukan selesa sebelum rehat melalui tandukan.

Dia menjaringkan gol keduanya melalui sepakan penalti pada minit ke-81 dan melengkapkan hatriknya dalam masa kecederaan.

Pengurus baru West Ham, Gianfranco Zola menyaksikan di tempat penonton tatkala pasukannya tunduk 3-2 di West Bromwich Albion. - AFP

Wednesday, September 10, 2008

16 September satu impian palsu ......

KOTA KINABALU 9 Sept. - Dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pembangkang akan menubuhkan kerajaan baru pada 16 September ini hanya impian palsu semata-mata.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Lajim Ukin (gambar) berkata, ia bertujuan menyeronokkan pemimpin tertentu dalam barisan pembangkang yang mengharapkan jawatan jika kerajaan baru berjaya dibentuk.

"Saya percaya ini adalah satu impian kosong untuk mempertahankan bahawa parti mereka akan terus mendapat sokongan atau terus ditunggu oleh mereka yang mengharapkan untuk dapat membentuk kerajaan.

"Saya ingin menyatakan bahawa penyertaan daripada ahli-ahli UMNO dan Ahli-ahli Parlimen dari Sabah kepada pembangkang tidak akan terjadi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa Timbalan Menteri Pengangkutan bersama media di sini malam tadi.

Menurut Lajim, ura-ura penubuhan kerajaan baru itu tidak akan menjadi kenyataan kerana pemimpin BN dan rakyat negara ini yakin konsep perkongsian kuasa yang diamalkan BN diterima oleh semua kaum.

Beliau berkata, ini terbukti dengan keamanan dan kemajuan negara yang mampu mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menghadapi pelbagai cabaran di masa hadapan.

Lajim menambah, dakwaan pembangkang bahawa lawatan sambil belajar pemimpin BN ke Taiwan bertujuan bagi mengelakkan mereka melompat menyertai pembangkang adalah tidak benar.

"Dakwaan itu tidak benar kerana walaupun mereka ditakdirkan berada di Taiwan pun, kalau mereka mahu lompat, boleh lompat juga, mereka bebas di sana," katanya.

Sementara itu, Lajim berkata, isu merayakan sambutan 45 tahun penyertaan Sabah ke dalam Malaysia pada 16 September juga tidak harus diperbesarkan dan dijadikan isu.

"Saya tetap dengan pendirian saya bahawa kita di dalam Malaysia, bukan di luar Malaysia dan 45 tahun itu kerana kita sama-sama terlibat dalam pembentukan Malaysia tetapi kemerdekaan negara kita ialah pada 1957.

"Jadi, saya rasa ia tidak perlu diperbesarkan oleh pihak tertentu untuk cuba mendapatkan sokongan rakyat Sabah," ujarnya.


Bagi saya..Semua ini akan berakhir hanya dengan kembalinya wira negara..Kembalilah Tun Dr. Mahathir...Sentuhan Kecundang sikit kat dieorg nie...nak kuasa je...pastu tak tau la apa nak jadi ngan Malaysia...Melayu asyik gaduh je..Bangsa lain tengok dan bertepuk tangan menunggu masa untuk merampas Malaysia....Jangan sampai Malaysia jadi Malay Sia-sia...Nauzubillah...Allahu Akbar.......Bersatulah Wahai Bangsaku..Marilah kita bangunkan Malaysia dan Bangsa kita seiring dengan bangsa lain...

Sunday, September 7, 2008


ANDAI INI YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu siangnya engkau sibuk berzikir tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktusholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba dirimenghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin" [sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu malam mu engkau sibukkan dengan bertarawih...berqiamullail...bertahajjud....mengadu...merintih...meminta belas kasih "sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU, tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang mari kita meriahkan Ramadhan kita buru...kita cari...suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahirmempersiap diri...rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-RahmanYa Ilahi....andai ini Ramadhan terakhir buat kami jadi kanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...menerangi kegelapan hati kami menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti. Namun teman...tak akan ada manusia yang bakal mengetahui apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha...bersedia...meminta belas-NYA Seandainya Ramadhan ini yang terakhir buat saya…

…..KU MOHON MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH KULAKUKAN DULU…..




Salam Ukhwah,

Saturday, September 6, 2008

Dah Bosan Dengan Situasi Semasa

Bosannyer dgn situasi skrg, bangsa sendiri nak membunuh bangsa sendiri..sering tuduh menuduh..Semata-mata nak dapatkan pangkat, kenapa tak bincangkan bagaimana nak bangunkan martabat bangsa sendiri?BUBAR UMNO DA BUBAR PAS..bina MELAYU BARU....

Thursday, June 19, 2008

Selamat Maju Jaya -Kak Diana

Bukit Kiara- Pejabat Belia dan Sukan Batu/Wangsa Maju akan kehilangan seorang pegawai yang dinaikkan pangkat ke jawatan S32. Tahniah buat Siti Nordiayana Chik Busu...Pen Pegawai Belia dan Sukan.


Walaupun beliau hanya sempat dua minggu bersama bermula 1 April 2008 kemudian bercuti bersalin, kemudian masuk pada 16 Jun 2008, namun berita sedih buat warga PBSK B/WM akan kehilangan beliau sangat mengejutkan. Namun demi masa depan, kami di PBSK B/WM mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya didalam kerjaya dan aktiviti harian. Semoga berjaya dapat KL untuk dekat dgn anak kesayangan.


Tak sempat nak wat program ngan kak diana..dah kene tukar...huhuhhu..so selamat maju jaya
ni hadith....